Home » Pendaftaran Umrah

Pendaftaran Umrah

SYARAT – SYARAT DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PEMPROSESAN VISA UMRAH 2013/2014

    • Passport antarabangsa yang sah tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh penerbangan berserta 6 muka surat kosong.
    • 4 keping gambar berwarna berukuran 6 cm x 4 cm berlatar belakangkan warna putih. Bagi wanita wajib memakai tudung kepala (hitam atau gelap) manakala lelaki tidak digalakkan memakai songkok atau yang menutupkan kepala.
    • Kad suntikan ACYW135 @ Surat pengesahan daripada doktor kerajaan atau swasta.

 

BAGI JEMAAH WANITA BAWAH 45 TAHUN / LELAKI BAWAH 18 TAHUN:
PERGI BERSAMA MAHRAM

    • Salinan sijil nikah bagi wanita yang sudah berkahwin. (COP JABATAN AGAMA ISLAM & WISMA PUTRA)
    • Bagi wanita yang bermahramkan bapanya – Salinan sijil lahir. (COP JPN & WISMA PUTRA)
    • Bagi wanita yang bermahramkan adik – beradik lelaki – Salinan kad pengenalan adik-beradik lelaki tersebut dan salinan sijil lahir kedua-dua. (COP JPN & WISMA PUTRA)
    • Bagi wanita yang bermahramkan anak lelaki – Salinan sijil lahir anak lelaki tersebut. (COP JPN & WISMA PUTRA)

 

MAHRAM BERSAMA BAPA TIRI (YANG BELUM KAHWIN)

    • LETTER OF CONSENT dari bapa kandung/adik beradik lelaki kandung. (COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)
    • Salinan kad pengenalan bapa kandung/adik beradik kandung. (COP JPN & WISMA PUTRA)
    • Salinan Sijil lahir anak tiri. (COP JPN & WISMA PUTRA)
    • Salinan surat hak jagaan anak dari mahkamah syariah. (COP WISMA PUTRA)
    • Jika bapa kandung tiada/meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI. (COP JPN & WISMA PUTRA)

 

MAHRAM BERSAMA BAPA TIRI (YANG SUDAH BERKAHWIN)

    • LETTER OF CONSENT dari suami. (COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)
    • Salinan sijil nikah. (COP JAWI & WISMA PUTRA)
    • Salinan kad pengenalan suami. (COP JPN & WISMA PUTRA)
    • Salinan Sijil lahir anak tiri. (COP JPN & WISMA PUTRA)
    • Salinan  surat hak jagaan dari mahkamah syariah. (COP WISMA PUTRA)
    • Jika suami tiada/meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI. (COP JPN & WISMA PUTRA)

 

MAHRAM BERSAMA BAPA SAUDARA (SEBELAH BAPA)

    • LETTER OF CONSENT dari bapa kandung/adik beradik lelaki kandung. (COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)
    • Salinan sijil lahir anak,bapa kandung dan bapa saudara/adik beradik lelaki kandung. (COP JPN & WISMA PUTRA)
    • Salinan kad pengenalan bapa kandung/adik beradik lelaki kandung. (COP JPN & WISMA PUTRA)
    • Jika bapa kandung tiada/meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI. (COP JPN & WISMA PUTRA)

 

KEMASKINI 27 NOV 2013

i) MAHRAM BERSAMA BAPA ANGKAT (bin dengan nama bapa angkat)

    • Salinan Surat pengambilan anak angkat. (COP WISMA PUTRA)
    • Salinan Surat lahir anak angkat. (COP JPN & WISMA PUTRA)

ii) MAHRAM BERSAMA BAPA ANGKAT (bin dengan nama lain)

    • Salinan Surat pengambilan anak angkat. (COP WISMA PUTRA)
    • Salinan Surat lahir anak angkat. (COP JPN & WISMA PUTRA)
    • Salinan surat perintah mahkamah. (COP WISMA PUTRA)

MAKLUMAN:
PASSPORT SEMENTARA(BERWARNA COKLAT)- hanya boleh daftar pakej untuk umrah direct sahaja (SV,MH & AIR ASIA)
TIDAK SAH UNTUK PAKEJ UMRAH TRANSIT DAN ZIARAH (ISTANBUL, MESIR, OMAN,JORDAN, BAITULMAQDIS , LONDON, PARIS, SPAIN, MOROCCO & ABU DHABI)

 

BAGI MUALLAF YANG PERGI BERSAMA SUAMI/ADIK BERADIK LELAKI KANDUNG

    • Salinan kad/surat memeluk agama islam.
    • Salinan sijil nikah/salinan sijil lahir kedua-duanya.

 

BAGI WARGANEGARA ASING :

    • Salinan permit kerja / visa pelajar yang tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan atau salinan kad pengenalan.
    • Permohonan untuk warganegara asing yang tidak mempunyai dokumen di atas tidak dilayan sama sekali kecuali mempunyai hubungan suami isteri dengan warganegara.
    • Pembantu rumah yang pergi perlu diiringi oleh tiap – tiap majikan.
    • Pekerja warganegara asing perlu disertakan bersama surat pengesahan daripada majikan tempat mereka bekerja
    • Jika pasport Indonesia / Thailand / Filipina / Pakistan  SUAMI ISTERI memiliki permaustautin tetap (PR) salinan sijil nikah (luar dari malaysia) perlu diendorse di kedutaan & wisma putra

 

NOTA: 1) SEMUA DOKUMEN LENGKAP PERLU DISERAH DALAM MASA 30 HARI DARI TARIKH PENERBANGAN.
2) SEKIRANYA JEMAAH GAGAL BERBUAT DEMIKIAN PIHAK ZHB TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM KELEWATAN PEMPROSESAN VISA.